Selasa, November 06, 2012

LATIHAN MINDA


LATIHAN 1

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
Setiap orang mempunyai hobi. Hobi saya bermain badminton.
Permainan ini memerlukan  1. ______________________ ( kayu / raket )
dan bulu tangkis.
            Setiap petang setelah menghabiskan kerja sekolah,
saya akan bermain badminton. Saya bermain badminton di
 2. __________________ ( dewan / kantin ) sekolah dengan rakan
sekelas saya, Kelvin.
            Cikgu Lim juga datang bersama-sama kami untuk
bermain badminton. Beliau ialah 3. ___________________ ( jurulatih
/ juruacara ) sekolah kami. Cikgu Lim memberi tunjuk ajar
kepada kami tentang teknik bermain yang betul dan
lama-kelamaan kami menjadi semakin  4. _______________ 
( lemah / handal ).
            Saya dan Kelvin berlatih dengan bersungguh-sungguh.
Kami berazam untuk  5. ______________________ ( mewakili /
memasuki ) sekolah dalam pertandingan peringkat daerah.
 Di samping itu, kami juga ingin menjadi  6. ____________________
( pelari / pemain ) yang hebat dan mewakili negara pada
 suatu hari nanti.



LATIHAN 2
   

 Pilih perkataan yang sesuai untuk melengkapkan ayat.



1 1.    Kim Hong  : Cikgu, __________________ saya ke Taman Sains 
                              untuk memberi ikan makan. ( maafkan / izinkan )

2 2.    Amrita       : Kawan-kawan, ______________ hantar buku kerja 
                              Matematik sekarang.  ( sila / suruh )

3 3.    Mei Lim      : Ayah, _______________ saya menyertai perkhemahan        
                               pengakap di sekolah ? ( bolehkah / dapatkah )

4 4.    Azura        : Puan Siti, kami ingin ____________________ kebenara    
                             menggunakan bilik ini untuk mengadakan latihan
                             nyanyian. ( membantu / meminta )

5 5.    Dinesh      : _______________ pak cik, adakah pak cik yang
                         memenangi anugerah Peladang Jaya tahun ini ?
                         ( Maaf / Jangan )

6 6.  Kok Leong: Lee Seng,  ________________ sampaikan pesanan ini
                            kepada Amir.  ( jemput / tolong )




LATIHAN 3



Pilih dan garisi kata sendi nama yang betul.
1.      Perdana Menteri menyampaikan bantuan ( pada / kepada )
mangsa banjir.

2.      Mei Hua melawat sepupunya yang sakit ( di / ke ) Hospital Muar.

3.      Kebun sayur itu diusahakan ( oleh / akan ) Pak Hussin.

4.      Encik Liew menerima kad undangan perkahwinan ( dari /
 daripada )Puan Sally.

5.      Majlis Rumah Terbuka sempena Tahun Baru Cina itu bermula dari
pukul 10.00 pagi ( hingga / dengan ) 4.00 petang.

6.      Ravi membeli pelita ( sejak / untuk ) dipasang pada malam
 Deepavali.

7.      Ahli Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya mengadakan
 lawatan sambil belajar ( kepada / ke ) Putrajaya.

8.  Mohan baru pulang  ( dari / daripada ) bermain badminton.



LATIHAN 4 
             

Lengkapkan ayat dengan penjodoh bilangan yang betul.
1. Diana memetik tiga __________________ ( keping / kuntum ) bunga
    di halaman rumahnya.

2. Di belakang rumah datuk saya terdapat se ______________________
    ( buah / batang ) anak sungai .

3. Dua _________________ ( ekor / biji ) lembu sedang meragut rumput
di padang ragut.

4. Ming Jia mengelap badannya dengan se ______________________
    ( ikat / helai ) tuala mandi.
5. Se ___________________ ( kawan / kumpulan ) burung terbang ke
    sarang  pada waktu senja. 



LATIHAN 5 




Susun perkataan dan frasa di bawah supaya menjadi ayat yang betul.


1.  bersenam  /  Tahun Tiga Jaya  / Murid-murid  /  di padang
   
     _____________________________________________________________

2.  majlis perkahwinan  /  Suasana  /  sungguh  /  itu  /  meriah

     _____________________________________________________________

3.  Pertandingan  /  diadakan  /  di dewan  /  badminton  /  sekolah

     _____________________________________________________________

4.  Hari Krismas  /  menyambut  /  Penganut  /  agama Kristian

    ________________________________________________________

5.  kebersihan  /  Kita  /  menjaga  /  perlu  /  alam sekitar

    _______________________________________________________

6.  pakaian tradisional  /  ialah  /  Ceongsam  /  orang Cina

    _______________________________________________________
  


LATIHAN 6




Bina ayat berpandukan perkataan yang diberi.

1.  mengulangkaji   
    ___________________________________________________________

2.  belajar
__________________________________________________________

3.  menyiram
    ___________________________________________________________

4.  melukis
    ___________________________________________________________

5.  berlari
    ___________________________________________________________



6 ulasan:

  1. Latihan yang diberi ini memang menarik dan sesuai untuk murid. Besarkan sedikit saiz tulisan kerana murid Tahun 1 memerlukan saiz tulisan yang agak besar. Pilihan gambar mestilah berkaitan dengan soalan yang diberi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas pandangan yang diberi.Saya cuba perbaiki lagi.

      Padam
  2. Macammana nak mengajar anak tahun satu bahasa melayu secara efektif. Mmg mudah mengajar atau normal susah nak bagi diaorg faham?

    BalasPadam