Mari Membaca


Kemalangan Jalan Raya



            
   Roslan seorang budak yang nakal dan tidak mahu mematuhi peraturan jalan raya. Pada suatu hari, Roslan berbasikal balik ke rumah. Dia berbasikal di tengah jalan raya.
    Pada ketika itu, sebuah kereta yang dipandu laju melalui jalan itu. Pemandu itu tidak tahu Roslan ada di jalan raya tersebut. Pemandu tersebut telah terlanggar Roslan. Pemandu kereta tersebut telah menghantar Roslan ke hospital.
    Bapa dan keluarga Roslan pergi ke hospital setelah diberitahu akan kemalangan yang menimpa Roslan. Kedua ibu bapa dan keluarga Roslan amat bimbangkan Roslan. Roslan sangat menyesal kerana tidak mematuhi peraturan jalan raya.



Bapa Saya



     Badannya kurus dan tinggi, rambutnya hitam dan pendek. Kulitnya agak gelap. Namanya Farid Bin Mahmud. Dia ialah bapa saya.
     Bapa saya ialah seorang penjual sayur-sayuran dan buah-buahan. Dia selalu membantu orang. Dia sangat ringan tulang. Ibu dan bapa saya bekerja di sebuah pasar yang besar. Mereka menjual pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.
     Hobi bapa saya ialah berkebun dan membaca surat khabar. Bapa saya selalu membaca surat khabar pada waktu pagi.
     Bapa saya suka minum kopi panas kerana baunya yang segar dan sedap. Bapa saya juga suka makan ikan dan sayur-sayuran. Ibu saya pula suka menghidangkan masakan ikan dan sayur-sayuran yang lazat untuk bapa saya.
     Bapa saya suka warna kuning, biru dan coklat. Bapa saya paling suka warna ungu kerana warna ungu sangat cantik.
    Bapa saya juga seorang yang baik hati tetapi akan jadi pemarah bila saya, abang dan kakak tidak mendengar nasihat. Walaupun begitu kami sangat sayang kepada bapa. Saya akan belajar bersungguh-sungguh agar bapa berasa gembira.



Aku Sebuah Jam 
 

    Aku sebuah jam tangan. Aku berasal dari sebuah kilang yang terletak di Jepun. Namaku Seiko. Setelah semua siap dipasang, aku diisikan di dalam kotak kecil baldu berwarna hijau muda. Kemudian aku diletakkan bersama-sama kawan-kawanku yang lain di dalam satu kotak yang besar untuk diapasarkan.Aku dan kawanku yang lain telah diterbangkan ke Malaysia.Di Malaysia,aku terpaksa berpisah dengan kawan-kawanku yang lain.Aku telah dihantar ke sebuah pusat membeli-belah yang terkemuka di Ipoh.Tidak sampai tiga hari aku di situ,aku telah dibeli oleh seorang pemuda berbangsa cina dengan harga yang agak tinggi iaitu RM450.00.
    Aku bertuah kerana memiliki seorang tuan yang pandai menjaga harta benda.Aku telah dijaga dengan rapi.Aku pasti akan menjadi miliknya yang abadi kerana aku tidak ingin bertuankan orang lain selain pemuda ini.




Di Mana Anak Gajah Saya


                                          
         
 Suatu hari anak gajah meminta izin ibunya untuk bersiar-siar di sekeliling zoo.Sehingga petang dia masih belum pulang. "Di manakah anakku?"jerit ibu gajah.
           "Kamu ada nampak anak saya?"tanya ibu gajah kepada monyet.
           "Ya,dia datang lalu kami beri sebiji pisang kepadanya.Kemudian dia
             pergi,"kata monyet.
           "Kamu ada nampak anak saya?"tanya ibu gajah kepada doflin.
           "Ya, dia datang untuk berenang di belakang saya.Tetapi dia sudah
             pergi,"jerit doflin.
           "Kamu ada nampak anak saya?"tanya ibu gajah kepada zirafah.
           "Tadi kami bermain bersama.Tapi dia sudah pergi,"balas zirafah.
           "Oh, hari sudah hampir gelap.Saya kena pulang,"katanya.
           "Anakku!"Rupanya anak gajah sudah bersedia untuk makan malam
             di rumah.


                                           
                                      Haiwan Kesayangan Saya  

                                              

        Setiap orang mempunyai haiwan kesayangan. Begitu juga dengan saya. Haiwan kesayangan saya ialah kucing. Nama kucing saya ialah Comel. Comel seekor kucing Parsi. Comel sangat pintar.
        Warna bulu Comel ialah putih manakala matanya biru berkilat. Comel suka minum susu dan makan ikan. Comel juga pandai menangkap tikus.
        Tiap-tiap petang saya membawa Comel bermain di halaman rumah. Comel suka bersiar-siar dengan saya. Kadang-kadang Comel mengejar binatangpeliharaan nenek.
        Saya memandikan Comel dua kali seminggu. Saya menggunakan syampu untuk membersihkan bulu Comel. Kemudian saya menyikat bulu Comel dengan sikat. Comel cantik dan berseri-seri. Comel juga pandai buat telatah lucu.
        Comel sangat manja dengan saya dan keluarga. Saya sayang sangat pada Comel
                                              

                                                 Kucing Saya 

                                             

         Aku mempunyai seekor kucing bernama Tompok. Tompok ialah seekor kucing betina. Tompok berbulu lebat dan cantik.
         Tompok amat manja denganku. Setiap petang aku akan membawa bersiar-siar di taman permainan.
         Pada suatu hari, aku dapati Tompok tiada di rumah. Lazimnya Tompok akan menanti kepulanganku di hadapan pintu. Aku sangka Tompok pergi ke rumah jiranku. Rupa-rupanya tidak.
         Kehilangan Tompok sudah masuk hari kelima. Puas aku mencari di merata-rata tempat namun tidak kehilatan. Pada suatu petang aku membaca buku di halaman rumah. Aku terdengar bunyi kucing mengiau. Akhirnya Tompok pulang juga


 
AKU SEBUAH KERETA 



 
          Namaku Wira. Aku dilahirkan di kilang Proton di Shah Alam. Badanku berwarna putih. Setelah siap, aku ditempatkan di sebuah kedai menjual kereta.
          Pada suatu hari, seorang pemuda datang untuk melihatku. Setelah berpuas hati, akhirnya aku dibeli oleh pemuda itu.
          Pertama kali aku dipandu, aku berasa sungguh bangga. Aku diijaga dengan baik. Setiap hari aku dimandikan dan dikilatkan.
          Pada suatu malam, aku dipandu dengan laju oleh tuanku. Akibatnya, aku terbabas dan terlanggar tiang elektrik.
          Badanku remuk. Tuanku cedera parah. Aku dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Walaupun sudah dibaiki, badanku tidak secantik dahulu.




PENGALAMAN MANIS 


 

           Pada cuti penggal yang lalu, bapa membawa kami sekeluarga ke Pulau Redang kerana saya dan kakak telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pulau Redang terletak di Terengganu. Kami pergi ke sana dengan menaiki bas.
           Pada hari itu, saya dan kakak sangat gembira. Pada pukul 8.00 malam, bas itu pun bertolak. Pada pukul 10.00 pagi, kami tiba di Pulau Redang. Pulau Redang sangat bersih. Kami tinggal di Hotel Laguna.
           Pada hari itu, kami pun mengikut rombongan pergi ke Marine Park untuk menyelam. Di sana kami dapat melihhat pelbagai jenis ikan. Ikan-ikan di sana dilindungi.
           Pada keesokan hari, kami pergi ke Pulau Ketam. Di sana, kami dapat melihat batu karang dan ikan. Kami pergi ke sana dengan menaiki bot nelayan .
           Pada hari ketiga, kami pergi bermain pasir. Kami membina istana pasir. Pada pukul 6'00 petan, kami pergi kekedai cenderamata.
           Pada hari keempat, kami pun menaiki bot untuk pulang. Itulah pengelaman manis yang tidak dapat saya lupakan.






3 ulasan: