Tema : BERSIH DAN SIHAT
Lagu : Lompat Si Katak Lompat
Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepatlah adik cepat
Cepatlah bangun pagi
Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepatlah adik cepat
Pergi mandi suci gigi
Tema : Keluarga
Lagu : Kereta KecilAyahku balik dari kota
Ayahku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh kupandu ke sekolah
Pon pon pon pon pon
Pon pon pon pon
Keretaku kecilku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh kubawa jumpa nenek
Tema:HIDUP BAHAGIA
Lagu :Pesan Ibu
Ayun-ayun tangan
Sambil pegang bahu
Waktu pergi taman
Ingat pesan ibu
Ayun-ayun tangan
Jalan hentak kaki
Waktu pergi taman
Mesti hati-hati
Ayun-ayun tangan
Pusing kanan kiri
Waktu pergi taman
Pandai jaga diri
Tema:Mari Bertani
Lagu:Musim buah-buahan
Buah duku ,buah nangka
Buah manggis dan kelapa
Sama saja labu dan mangga
Hai,sedap manis pula!
Pisang ,langsat ,buah rambai
Ciku ,nanas dan rambutan
Lazat juga buah tembikai
Menambah zat di badan
Rasa limau manis
Belimbing ,cempedak dan durian
Harga tidak mahal
Di kedai atau di pinggir jalan
Sunngguh enak ,hai rasanya
Sungguh kaya khasiatnya
Kalau makan buah-buahan
Sihat seluruh badan
Tema:ALAM INDAH DAN SELAMAT
Lagu:Jagalah Alam
Indah alami ini
Tuhan menciptanya
Mari kita jaga
Bersama-sama
Indah alam ini
Jangan dicemari
Mari kita jaga
Setiap masa
Indah alam ini
Penting untuk kita
Mari kita jaga
Sampai bila-bila
Custom Glitter Text
Badanku kecil kakiku beribu,
Warnaku hijau,hitam,kelabu,
Tersentuh aku gatal kulitmu,
Cuba teka siapa aku.
Di pohon bunga aku berada,
Hisap madu memangku suka,
Tubuhku kecil pelbagai warna,
Kalau tahu cubalah teka
Terbang sana terbang sini,
Hinggap di bungan hisap madu,
Baik adik hati-hati,
Sengatku tajam,sakit dah tentu
Lompat si katak lompat,
Lompat dalam perigi,
Cepat adik cepat,
Pergi mandi cuci gigi.
Satu dua tiga empat,
Bila kupancing ikan melompat,
Kuhulur pancing kenapa tak makan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan