Kata Nama Am
· Kata
nama am ialah kata nama yang merujuk kepada nama am manusia,haiwan,tempat dan
benda.
· Kata
nama am ditulis menggunakan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat atau
selepas noktah.
· Contoh:
-ayah
-abang
-ibu
-adik
-kucing
-tikus
-ikan
-meja makan
-akuarium
-televisyen
-ruang tamu
-dapur
Kata Nama Khas
· Kata
nama khas ialah kata yang merujuk kepada nama khas manusia,haiwan,tempat dan
benda.
· Kata
nama khas ditulis menggunakan huruf besar.
· Contoh:
-Salina
-Encik Azman
-Puan Aminah
-Amri
-Zainal
-Si Putih
-Pak Belang
-Proton Saga
-Adidas
-Menara Berkembar Petronas
Kata Ganti Nama Diri
· -Kata
ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama seseorang
· - Kata
ganti nama diri pada peringkat Tahun 1
· hanya
tetumpu kepada:
(a)Kata Ganti Nama Diri
Pertama:
-saya
-aku
-hamba
-beta
-patik
-kami
-kita
(b)Kata Ganti Nama
Diri Kedua:
-awak
-anda
-kamu
-kalian
-engkau
-tuanku
Kata Kerja
· Kata
kerja merujuk kepada perbuatan atau perlakuan terhadap sesuatu.
· Kata
kerja terbahagi kepada dua iaitu:
(a)Kata Kerja transitif
(b)Kata Kerja tak transitif
· Contoh
kata kerja:
1.Abang dan kakak mencuci kereta.
2.Ibu minum air teh.
3.Ayah membaca surat khabar.
4.Aiman melontar bola kepada adik.
5.Zaini melambai Aiman.
Kata Adjektif
·
Kata adjektif merujuk kepasa sifat sesuatu kata
nama atau frasa nama.
· Kata adjektif yang ditekankan pada peringkat
Tahun 1 ialah kata adjektif warna.
·
Contoh kata adjektif warna:
-merah
-kuning
-hijau
-biru
-indigo
-merah
jambu
Kata Hubung
· Kata hubung digunakan untuk menghubungkan kata
dengan kata,frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat.
· Kata hubung terdiri daripada kata hubung
gabungan,kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan.
· Kata hubung pada peringkat Tahun 1 hanya
tertumpu kepada kata hubung gabungan.
·
Contoh kata hubung:
1.Anita dan Nani pulang dari sekolah berjalan kaki
2.Ibu,ini basikal Azwan atau kakak?
3.Ayah pulang lewat
semalam tetapi hari ini ayah
pulang
awal.
4.Abang
menunggang basikal sambil memegang
sebiji
bola.
5.Amir
dan Amri kembar tetapi tidak seiras.
Kata Tanya
·
Kata Tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal
seseorang bagi mendapatkan sesuatu maklumat.
·
Kata Tanya yang merujuk manusia dan benda ialah
siapa apa.Ayat tanya biasanya ditandakan dengan tanda soal (?) pada akhir ayat.
·
Contoh kata tanya:
(a)merujuk
kepada manusia:
1.Aileen melukis gambar siapa?
2.Gambar siapakah
yang dilukis oleh Ain?
3.Gambar
siapakah yang dilukis oleh Ali?
(b)merujuk
kepada benda:
1.Zainal melukis gambar apa?
2.Apakah
yang dilukis oleh Hanida?
Imbuhan Awalan
·
Imbuhan awal merujuk kepada penambahan ilmu di hadapan suatu kata dasar
·
Imbuhan awal pada peringkat Tahun 1 hanya
tertumpu kepada kata dasar yang diletakkan imbuhan tanpa proses penguguran
huruf awalan kata dasar.
· Imbuhan yang ditekankan ialah imbuhan ber,mem dan pen.
·
Contoh imbuhan awal:
1.ber + lari = berlari
Hazman
berlari dengan pantas.
2.ber + sorak = bersorak
Murid-murid
bersorak untuk pasukan masing-masing
3.mem + beli = membeli
Haziq
membeli minuman di gerai
4.mem + bawa = membawa
Qaleesya
membawa piala yang dimenanginya.
5.pen + jual = penjual
Pak Ali
penjual ais krim
Imbuhan Akhiran
·
Imbuhan akhiran merujuk kepada penambahan
imbuhan di belakang suatu kata dasar.
·
Imbuhan akhiran pada peringkat Tahun 1 hanya
tertumpu kepada huruf akhiran pada kata dasar iaitu imbuhan an,kan dan i
·
Contoh imbuhan akhiran:
1.pakai
+ an = pakaian
Pakaian
itu dijemur di ampaian.
2.minum
+ an = minuman
3.baik
+ i = baiki
Abang
baiki basikalnya yang rosak.
4.diam
+ i = diami
Datuk
diami rumah itu sejak kecil lagi.
5.buang
+ kan = buang
Tolong
buangkan sampah ini.
terima kasih cikgu atas malumat yang diberi
BalasPadambanyak yang saya fahami mengenai tatabahasa
Sama-sama.
PadamMaklumat yang jelas.
BalasPadamTerima kasih cikgu
BalasPadamTerima kasih cikgu
BalasPadamTerima kasih cikgu.
BalasPadam