Jumaat, Disember 21, 2012

PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA TAHUN 1




TENTANG PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA


Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010 telah dilancarkan dengan tujuan untuk menangani isu peningkatan kematian dan kecederaan akibat dari kecelakaan jalan raya di negara kita yang membimbangkan. Salah satu perkara yang menonjol di dalam pelan tersebut adalah pendidikan. PKJR menyediakan asas dan proses untuk menguatkan dan menyemai perubahan sikap pengguna jalan raya yang sesuai dari segi pengetahuan, kemahiran dan kelakuan.



Apa itu Pendidikan Keselamatan Jalan Raya?

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) melibatkan pembelajaran tentang persekitaran jalan raya (papan tanda, isyarat dan penanda jalan raya), kemahiran untuk menggunakan persekitaran jalan raya dengan selamat dan undang-undang jalan raya. Ia juga melibatkan pemahaman akibat dari pengambilan risiko di atau berdekatan jalan raya, bagaimana untuk menghormati pengguna jalan raya yang lain, dan bagaimana untuk berkongsi persekitaran jalan raya supaya semua orang selamat semasa melakukan perjalanan
Semua pengguna jalan raya perlu menjadikan keselamatan jalan raya sebagai keutamaan. PKJR ialah kunci untuk memastikan semua pengguna jalan raya memiliki sikap yang betul, pengetahuan dan kemahiran untuk memastikan keselamatan diri sendiri dan orang lain serta untuk mengelakkan risiko.
Program PKJR di sekolah bertujuan untuk mengajar kanak-kanak dan remaja pengetahuan dan kemahiran keselamatan serta membantu untuk membentuk sikap pengguna jalan raya yang baik.



Tujuan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya


Tujuan PKJR di sekolah secara keseluruhannya ialah untuk membantu kanak-kanak dan ibu bapa / penjaga untuk:

•memahami bahaya dan risiko yang terdapat di dalam persekitaran jalan raya,

•mempelajari dan menggunakan kemahiran keselamatan jalan raya untuk memastikan keselamatan diri sendiri dan orang lain,

•menjadi pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang, sabar dan bertimbang rasa




Sabtu, Disember 01, 2012

Program Transisi Dan Penyayang





LAGU TRANSISI



Kami Murid Baru


Kami murid baru

Kami ingin maju

Kami sayangkan diri sendiri

Ayuh kawan-kawan

Kita tunjuk bukti

Rajin datang sekolah setiap hari


Anak Cemerlang


Sayalah permata

Anak kesayangan

Kebangggaan ayah dan ibu

Saya dibesarkan

Dengan kasih sayang

Hanya yang terbaik untukku

Menjadi harapan di masa hadapan

Sayalah anak yang cemerlang